Tuesday, 18 December 2012

Perang Seluruh Dunia Start Ahad ni


CHAOS, game perang helicopter. Abang aku dua orang tu tengah sibuk nak join game online chaos seluruh dunia. katanya start ahad ni. Macam best, ye lah lawan online dengan seluruh dunia. Aku nak join tapi aku tak expert lak main game tu. Apa boleh buat, tengok je lah abang abang aku tu join
Aku rasa game CHAOS ni macam game dragon slayer kot, kena guna duit betul. Tu yang buat dia seronok tu. . 

Friday, 7 December 2012

I Cry Again without Reason


Aku tak tahu kenapa aku rasa sedih gila-gila. Senang je air mat aku ni jatuh. aku dah suruh air mata aku ni berhenti, yapi dia taknak. Kenapa aku selalu nangis tanpa sebab dua tiga menjak ni. Aku konfius betul. Betul la kata orang, hati perempuanni lembut. Tapi masalahnya kenapa pulak aku nangis,
Tak ada sebab. Takkanlah sebab sunyi. tak mungkin, because my family very happy. Aku nangis sebab dosa aku kot.Ye lah kadang-kadang keinsafan tudatang dengan tanpa memberi isyarat kan. Tapi akurasa aku nangis mungkin sebab lain. Sebab yang susah gila nak terangkan. Ah bila air mata ni nak berhenti menangis.Degil betul air mata ni. aku denda karang.Waaaaa, air mata ni buli akuuuu

Wednesday, 5 December 2012

Aku tak tahu BUDAK ni sakit ke apa

 lawa kan budak ni. Tapi sayang macam ada tak betul sikit. Aku saja je follow dia, nak tengok drama "bogel" dia tu. Aku pertama kali tahu pasal dia ni pasal dia nak bogel depan Wan Zack Haikal. Gila minah ni.

Politik Agama (kakak aku pun pelik)

Yo, habis gak aku tengok soul eater musim satu. Best gak tengok erita anime tu. Apasal aku tak sedar akan kewujudan Soul eater kat laptop abang aku? nampak sangat aku tak suka masuk dalam laptop dia ni hehehe. 
Erm, forget abaout soul eater. Politik-> agama. aku tak faham dalam bab ni. Kenapa nak masukkan usur politik dalam agama. Walaupun aku masih bawh umur lagi( belum layak mengundi pun) tapi aku tetap pelik bila ada artis dan orang luar sana bila cakap pasal cakap bab agama mesti ada unsur bab politik. Yo, Yo why nak pertikai soal politik seseorang? kenapa mesti nak tuduh orang tu jahil sebab dia masuk sesuatu parti ni. 
Ok lah, sebab aku ni kurang bijak sikit, so aku tanya kakak aku(sebab dia dah cukup umur untuk terangkan pasal hal ni) kenapa ada orang suka kaitkan politik dengan agama. Apa kena mengena agam dengan politik? Apasal pulak bila kita bekerjasama dengan orang yang bukan islam dalam politik kita kena tuduh kafir? tu lah antara soalan yang aku tanya. Kakak aku dengan muka yang tak ada perasaan pun jawab " tu lah namanya orang yang nampak pandai tapi sebenarnya bodoh. orang yang tak tahu hargai pemimpin. orang yang cuma tahu mengkritik dan menuduh. Orang yang perasan tinggi ilmu kat dada tapi hakikatnya, kosong. "
Tersentak kejap aku. Tak sangka kakak aku yang nampak agak poyo ni rupanya boleh kasi jawapan macam tu. So sebab aku ni masih bengong lagi aku pun tanya lah dengan dia salah ke kalau nanti umur aku dah 21 tahun(dah layak mengundi) aku undi parti U*** sebab aku ada baca kat twitter, ada orang cakap macam ni " kalau beria pergi gaza, tapi kalau kat malaysia  sokong U***, tepuk dada tanya iman" masalahnya salah ke kalau orang U*** nak bantu Gaza. Kakak aku pandang aku lama sikit, aku pun ikut tenung mata dia and then dia pun buka mulut dia " bila kau ada twitter?" eheehe , aku tak pernah bagitahu dia pun tentang twitter aku. Dia senyum lepas tu dia jawab " kau ni dik, siapalah kita nak nilai seseorang tu, kita ni manusia biasa je, orang yang cakap macam tu mungkin seorang yang dah sangka bahawa parti yang yang dia masuk tu memang bersih dari dosa, tapi dia lupa tak ada orang yang terlepas dari dosa.
O0O,,,,,,,,, aku pun cuba hayati kata kata dia tu. betul juga cakap dia kan. Aku pun tulis besar besar kat buku dairi aku " KITA MANUSIA TAK LAYAK TENTUKAN AMALN SESEORANG"

Macam Manalah Nak Hilangkan Hasad Dengki dalam Sanubari NI

Tak ku sangka walaupun selama ni aku ingat aku ni baik( mula dah nak perasan) tapi sebenarnya ada hasad dengki ni hehehee. Adoi, macam mana la aku nak hilangkan PHD( tinggikan aku belajar) ni?. Aku tak tahu kenapa aku rasa dengki sangat dengan sorang minah ni? bukan sebab cantik ke atau apa ke, tapi sebab DIA SUKA BENAR UPDATE STATUS DALAM FB!!!! ANNOYING OK, tengok boboiboy pun nak bagi tahu ke. Setiap kartun yang dia tengok konfem aku akan tahu sebab dia suka benar update status. Aku tengok Soul Eater tak bising pun macam dia.
Ikutkan hati ni nak je masuk chatbox dia lepas tulis " please blah from my pandangan FB" atau hack je dia punya Fb heeheheh(jahat!!!). 
Aku tak jeles pun dia nak update status tu,kisah pulak aku, tapi kalau semuanya di update, perh memang menyirap perut aku ni.PANAS!!!! Tapi buat apa aku nak kisah sangat kan? tukan Fb dia. Erhh, tak boleh tak boleh, aku kena kisah juga. Sakit mata ni tau.
Tapi kalau difikirkan bali, tu semua bisikan syaitan, dah dah baik aku belajar buang hasad dengki aku ni.

Monday, 3 December 2012

Cinta Ku Tertinggal Di Malaysia???

Owh, kau nak kerek sangat dengan aku ye long, mentang-mentang dah buat passport. Kau asyik tunjuk password kau kat aku je........ Cis, aku kan masih bawah 18, mana boleh buat password tanpa ayah. hisyyy,geram betul. ingat dia sorang nak balik Riau jumpa nenek ke? aku pun nak.
Yang paling sengal, ada ke patut dia cakap," nanti kalau aku pergi sana, aku nak nyayi lagu Cinta ku Tertinggal di Malaysia" Hai, belum pergi lagi dah buat perancangan nak nyanyikan lagu tu untuk tunang kau. Nanti aku suruh tunang kau tu ikut, kan senang, alang-alang  tunang kau tu selalu melancong tak salah kan aku suruh ikut sekali? hehehehe

Super Duper Giveaway 2012

aku terminat pulak nak join super duper giveaway by CikguLuarBiasa ni. hehehe, alang-alang dia sebut dia punya gaji tinggal barape hari je, kepala otak aku terus fikir pasal $$$, hehehee.


Besar tak dia punya banner hahahaa



Ayat aku: Saya akan tersenyum bila wujudnya kamen rider datang jemput saya pergi JEPUN.