Tuesday 18 December 2012

Perang Seluruh Dunia Start Ahad ni


CHAOS, game perang helicopter. Abang aku dua orang tu tengah sibuk nak join game online chaos seluruh dunia. katanya start ahad ni. Macam best, ye lah lawan online dengan seluruh dunia. Aku nak join tapi aku tak expert lak main game tu. Apa boleh buat, tengok je lah abang abang aku tu join
Aku rasa game CHAOS ni macam game dragon slayer kot, kena guna duit betul. Tu yang buat dia seronok tu. . 

Friday 7 December 2012

I Cry Again without Reason


Aku tak tahu kenapa aku rasa sedih gila-gila. Senang je air mat aku ni jatuh. aku dah suruh air mata aku ni berhenti, yapi dia taknak. Kenapa aku selalu nangis tanpa sebab dua tiga menjak ni. Aku konfius betul. Betul la kata orang, hati perempuanni lembut. Tapi masalahnya kenapa pulak aku nangis,
Tak ada sebab. Takkanlah sebab sunyi. tak mungkin, because my family very happy. Aku nangis sebab dosa aku kot.Ye lah kadang-kadang keinsafan tudatang dengan tanpa memberi isyarat kan. Tapi akurasa aku nangis mungkin sebab lain. Sebab yang susah gila nak terangkan. Ah bila air mata ni nak berhenti menangis.Degil betul air mata ni. aku denda karang.Waaaaa, air mata ni buli akuuuu

Wednesday 5 December 2012

Aku tak tahu BUDAK ni sakit ke apa

 lawa kan budak ni. Tapi sayang macam ada tak betul sikit. Aku saja je follow dia, nak tengok drama "bogel" dia tu. Aku pertama kali tahu pasal dia ni pasal dia nak bogel depan Wan Zack Haikal. Gila minah ni.

Politik Agama (kakak aku pun pelik)

Yo, habis gak aku tengok soul eater musim satu. Best gak tengok erita anime tu. Apasal aku tak sedar akan kewujudan Soul eater kat laptop abang aku? nampak sangat aku tak suka masuk dalam laptop dia ni hehehe. 
Erm, forget abaout soul eater. Politik-> agama. aku tak faham dalam bab ni. Kenapa nak masukkan usur politik dalam agama. Walaupun aku masih bawh umur lagi( belum layak mengundi pun) tapi aku tetap pelik bila ada artis dan orang luar sana bila cakap pasal cakap bab agama mesti ada unsur bab politik. Yo, Yo why nak pertikai soal politik seseorang? kenapa mesti nak tuduh orang tu jahil sebab dia masuk sesuatu parti ni. 
Ok lah, sebab aku ni kurang bijak sikit, so aku tanya kakak aku(sebab dia dah cukup umur untuk terangkan pasal hal ni) kenapa ada orang suka kaitkan politik dengan agama. Apa kena mengena agam dengan politik? Apasal pulak bila kita bekerjasama dengan orang yang bukan islam dalam politik kita kena tuduh kafir? tu lah antara soalan yang aku tanya. Kakak aku dengan muka yang tak ada perasaan pun jawab " tu lah namanya orang yang nampak pandai tapi sebenarnya bodoh. orang yang tak tahu hargai pemimpin. orang yang cuma tahu mengkritik dan menuduh. Orang yang perasan tinggi ilmu kat dada tapi hakikatnya, kosong. "
Tersentak kejap aku. Tak sangka kakak aku yang nampak agak poyo ni rupanya boleh kasi jawapan macam tu. So sebab aku ni masih bengong lagi aku pun tanya lah dengan dia salah ke kalau nanti umur aku dah 21 tahun(dah layak mengundi) aku undi parti U*** sebab aku ada baca kat twitter, ada orang cakap macam ni " kalau beria pergi gaza, tapi kalau kat malaysia  sokong U***, tepuk dada tanya iman" masalahnya salah ke kalau orang U*** nak bantu Gaza. Kakak aku pandang aku lama sikit, aku pun ikut tenung mata dia and then dia pun buka mulut dia " bila kau ada twitter?" eheehe , aku tak pernah bagitahu dia pun tentang twitter aku. Dia senyum lepas tu dia jawab " kau ni dik, siapalah kita nak nilai seseorang tu, kita ni manusia biasa je, orang yang cakap macam tu mungkin seorang yang dah sangka bahawa parti yang yang dia masuk tu memang bersih dari dosa, tapi dia lupa tak ada orang yang terlepas dari dosa.
O0O,,,,,,,,, aku pun cuba hayati kata kata dia tu. betul juga cakap dia kan. Aku pun tulis besar besar kat buku dairi aku " KITA MANUSIA TAK LAYAK TENTUKAN AMALN SESEORANG"

Macam Manalah Nak Hilangkan Hasad Dengki dalam Sanubari NI

Tak ku sangka walaupun selama ni aku ingat aku ni baik( mula dah nak perasan) tapi sebenarnya ada hasad dengki ni hehehee. Adoi, macam mana la aku nak hilangkan PHD( tinggikan aku belajar) ni?. Aku tak tahu kenapa aku rasa dengki sangat dengan sorang minah ni? bukan sebab cantik ke atau apa ke, tapi sebab DIA SUKA BENAR UPDATE STATUS DALAM FB!!!! ANNOYING OK, tengok boboiboy pun nak bagi tahu ke. Setiap kartun yang dia tengok konfem aku akan tahu sebab dia suka benar update status. Aku tengok Soul Eater tak bising pun macam dia.
Ikutkan hati ni nak je masuk chatbox dia lepas tulis " please blah from my pandangan FB" atau hack je dia punya Fb heeheheh(jahat!!!). 
Aku tak jeles pun dia nak update status tu,kisah pulak aku, tapi kalau semuanya di update, perh memang menyirap perut aku ni.PANAS!!!! Tapi buat apa aku nak kisah sangat kan? tukan Fb dia. Erhh, tak boleh tak boleh, aku kena kisah juga. Sakit mata ni tau.
Tapi kalau difikirkan bali, tu semua bisikan syaitan, dah dah baik aku belajar buang hasad dengki aku ni.

Monday 3 December 2012

Cinta Ku Tertinggal Di Malaysia???

Owh, kau nak kerek sangat dengan aku ye long, mentang-mentang dah buat passport. Kau asyik tunjuk password kau kat aku je........ Cis, aku kan masih bawah 18, mana boleh buat password tanpa ayah. hisyyy,geram betul. ingat dia sorang nak balik Riau jumpa nenek ke? aku pun nak.
Yang paling sengal, ada ke patut dia cakap," nanti kalau aku pergi sana, aku nak nyayi lagu Cinta ku Tertinggal di Malaysia" Hai, belum pergi lagi dah buat perancangan nak nyanyikan lagu tu untuk tunang kau. Nanti aku suruh tunang kau tu ikut, kan senang, alang-alang  tunang kau tu selalu melancong tak salah kan aku suruh ikut sekali? hehehehe

Super Duper Giveaway 2012

aku terminat pulak nak join super duper giveaway by CikguLuarBiasa ni. hehehe, alang-alang dia sebut dia punya gaji tinggal barape hari je, kepala otak aku terus fikir pasal $$$, hehehee.


Besar tak dia punya banner hahahaa



Ayat aku: Saya akan tersenyum bila wujudnya kamen rider datang jemput saya pergi JEPUN.

Thursday 29 November 2012

Apa Yang nak Dibangga dengan Artis Luar,

Sebab aku dah lama tak online so semalam aku pergi buat research(ceh) pasal shoutaward hari tu.Ye lah, lepas sshourtaward aku terus tak online sebab demam Anwar Hadi tak menang( just joke). Time aku tengok shoutaward bila VIXX keluar kasi award kat Anugerah tu aku rasa macam hampa sikitlah. Kenapa invite artis luar. Calon-calon shoutaward semuanya orang Malaysia. Ni tiba-tiba yang kasi anugerah orang luar. Anugerah diaorang tak ada pun invite aku artis kita.
Semalam aku usha blog orang lain. Perhhh drama betul cerita dia. Sampai hati budak nak buang Kerakyatan Malaysia semata-mata artis luar. Aduh parah. Kalau nak buat drama korea pun jangan lah publik sangat. aku search dia punya blog saja nak usha usha. Dia private kan pula dia punya blog. Baru aku nak berkenalan. 

Please lah ye, kalau minat Kpop, janganlah sampai bangga sangatdengan dia. Aku tak boleh ayat dia, dia nak duduk Korea. Dia ingat Malaysia rugi kalau dia nak pindah negara.Aku pelik, kalau Korea tu aman sangat, kenapa dia terpecah kepada dua? Kenapa mesti wujudnya korea selatan dengan korea utara? Nevermind, aku malas nak kusutkan diri. So aku nak pergi usha twitter dia pula, nak tanya tentang keraguan aku ni. Assalammualaikum.

Thursday 22 November 2012

Kaedah DaTiNg YaNg SWEET, bagi akulah

Eh, apa ni, kau cakap kau tak suka couple, tapi kenapa kau suka tengok orang dating ni??? Ops, aku bukan nak ubah hati jadi "PENYOKONG COUPLE" ok, ni just aku buat for fun. Aku just nak kongsi tentang cara dating yang aku rasa sweettttttt bagi aku lah. heheehe, CHECK IT OUT.

    1. Dating lepas kahwin.



       - ok, ni lah cara dating paling sweet dan HALAL. Bayangkan eh, korang disatukan tanpa mengetahui tentang sifat-sifat masing-masing.  Lepas nikah, korang pun start nak kenal hatibudi masing-masing. Wah sweet gila.Aku suka betul tengok pasangan suami isteri pergi dating sama-sama. Rasa senang je mata aku ni memandang. Tak lah bertambah maksiat.

     2. Dating ajak keluarga kekasih.
        -yang ni bagi aku memang agak sweet, sebab pergi dating sambil bawa keluarga kekasih. Bila tengok wayang atau pergi makan tengah-tengah keluarga dia(ala comel).dalam masa yang sama kita boleh kenal keluarga kekasih hati kita kan. 

    3. Dating dengan pakai jubah.
       - Yang ni aku belum pernah tengok, orang dating pakai jubah. Teringgin jugak. Bayangkan, dah lah dating bawa keluarga kekasih, lepas pakai jubah lagi, memang dapat 5 bintang ar.

   4 . Dating pakai Kostume (terutama sekali PANDA) sambil bawa belon.
      - Ops, yang ni comel. Tak la pakai baju terdedah sana-sini. Sweet kan bila pasangan kita pakai kostume, mesti nampak comel.Lepas tu , dia kasi kita satu belon je, yang lain dia kasi orang lain(sedekah katakan). Wah comelll la.

    5 .Dating setahun dua kali dengan tunang (style abang aku)
      - Ni selalu abang aku buat. Dia pergi jumpa tunang dia setahun tak sampai tiga kali pun. Ye lah, kalau jumpa selalu, takut boring pula, so dia jumpa dua kali je setahun(tu pun kalau sempat) Risiko nak buat maksiat pun kurang,hehehe. PJJ (pertunangan jaraj jauh,heheeh) katakan.

Ok lah, aku dah puas merapu, good night.
.

Saturday 17 November 2012

Hidup punya Pilihan Tapi Tanggungjawab tak ada tau.

Semalam aku ada tengok cerita "Khalifah" kat TV3. Apa yang menarik pasal cerita tu of course lah pelakon utama dia hahaha.Selain tu,Aku tertarik kat cerita sebab dia mengenai pilihan serta tanggungjawab.cerita tu buat aku sedar beza tanggungjawab dengan pilihan hidup.

ibu bapa bertanngungjawab
beri kaih sayang kepada
anak-anak
Ramai orang cakap, hidup kita ada berbagai pilihan. Kalau kita pilih jalan hitam, hitamlah kita, kalau kita pilih jalan putih, putihlah kita. Tapi kalau dalam bab tanggungjawab macam mana pula. Kita tak boleh kata tak nak dalam bab tanggungjawab. Macam ibu bapa didik anak mereka. Diaorang tak boleh cakap tak nak dalam soal ni,sebab didik anak diaorang merupakan tanggungjawab ibubapa. Jadi nak tak nak, diaorang tetap kena nak. 
seorang islam, tak boleh kata tidak
dalam bab tutup aurat.
Macam bab tutup aurat, kita tak ada pilihan sama ada mahu ikut perintah Allah, atau mengingkarinya sebab kita adalah hamba Allah dan beragama Islam. Tutup aurat tu memang kita punya tanggungjawab. takkan ada pilihan dalamnya. Tak boleh nak tunggu seru, baru belajar bertanggungjawab menutup aurat.
tak ada alasan untuk meninggalkan
solat
Oklah, bab tutup aurat tu agak sensitif sikit untuk diterima. Aku beralih bab solat. Solat juga merupakan tanggungjawab bagi semua ISLAM. Bila Allah dah turunkan perintah supa hambaNya menunaikan solat, maknanya, perintah itu telah menjadi tanggungjawab bagi kita. Memang tak ar kita boleh cakap tak. Walaupun ramai orang cakap hidup ada pilihan, tapi Tanggungjawab memang tak ada pilihan. Kita tetap kena galas tanggungjawab tu. Tak boleh cakap yang kita masih belum bersedia lagi. Tak ada jawapan "tak" atau "belum bersedia " dalam bab Tanggungjawab.
Kalau bab nak pilih sama ada nak kerja apa, belajar kat mana, dan bab yang tak ada kena mengena dengan tanggungjawab bolehlah buat pilihan.

Friday 16 November 2012

Tak dapat dengar Heliza Helmi, Yatt, Diana Amir Berbicara

Selamat Pagi, aku mengantuk gila hari ni, sebab tadi malam layan Merlin kat tv3. tidur pun pukul 3. Nak pergi dengar "Bicara Selebriti" kat Benut, tapi bapa aku tak nak pula.  Melepas nak tengok Heliza Helmi Duta Cool Blog dengan Diana Amir yang kiut-miut tu. Aku tak terkilan sangat pasal nak dengar Heliza Helmi dengan Diana Amir, 
alala, comel betul tiga orang ni
Yang aku tekilan tersangat-sangat , Tak dapat jumpa YATT. Aku minat dengan Yatt lepas dia berhijrah pakai tudung. Ye la,banyak-banyak artis yang aku nampak betul-betul berubah, Yatt la paling nampak perubahannya. Aku respect ar dengan dia. Dia berubah memang terus tutup semua, tak denye nak sikit-sikit, sekaligus je. Susah tau nak berhijrah macam tu. Jangan ingat nak tunggu "seru" je , baru nak berhijrah tutup aurat. Kalau "seruan kematian" yang datang dulu macam mana? Patutnya artis kat Malaysia kena jadikan Yatt Hamzah sebagai tokoh hijrah diaorang. Kadan-kadang,tutup aurat tu kena paksa, sebab dari paksa lah akan lahir keikhlasan. Ni tak,asyik nak tunggu seru je.

Segmen F.H:Hello I Don't Know You


Ok, This my second time join segment yang blogger anjurkan. so hari ni aku beranikan diri untuk join segment anjuran FINAL HOPE Jadi kalau tak best jangan marah erk. 
Berbalik kepada segment, Hello I Don't Know You. You dont know me right? meh aku bagitahu sikit heehehe.Kenapa aku pilih nama Fssynnia sebagai nama blog aku, sebab setiap huruf F-S-S-Y-N-N-I-A ada makna persahabatan. Huruf huruf tu melambangkan kawan suka duka aku. Diaorang tak pernah biarkan aku sendiri bila aku perlukan diaorang. Aku bersyukur sangat dapat kawan-kawan macam tu.
Gelak, gurau.menyakat satu sama lain memang dah jadi rutin harian kitaorang walaupun kadang-kadang timbul tangis, sakit hati, masam muka tapi semua tu cuma sekejap je. Sebab kitaorang tak suka nak putuskan silaturrahim. Kitaorang macam adik beradik, tapi cuma tak menagaku je,hahaah.
Ok lupakan bab FSSYNNIA. Sekarang aku nak cerita pasal diri aku(walaupun tak penting). Nama penuh aku FARANADIA BINTI MOHD SALIM. Aku tak suka kalau orang panggil aku dengan tambahan nada H kat belakang nama aku macam "FARAH" or "NADIAH". Sebab penambahan nada "H" tu buat sebutannama aku macam lebih kasar. Aku peminat tegar KAMEN RIDER. Mungkin sebab aku mewarisi minat abang sulung aku. Selain tu aku minat dengan cerita yang penuh fantasi(bukan Fantasi pasal cinta ok). Cerita yang kadang-kadang macam susah nak masuk dalam akal kita la macam cerita kartun, Merlin, dan sewaktu dengannya. Macam dah lebih je ni. Ok la babai heheehe.

SEGMEN JOM SINGGAH BY EYOY KHAIRULANAM

klik gambar kalau nak join.

First time join segment. malam malam buta ni saja nak sibukkan diri hehehe

* Syarat-Syaratnya ialah
  - Kene follow blog Eyoy ni and like Page Eyoy Khairulanam
  - Letakkan link segment kat ruangan komen blogger ni.
  - Bermula dari 13 november sampai 30 November 2012.

 Harap gembira dengan segment ni,huhuhuhu




Thursday 15 November 2012

Sebab Kenapa Kita Tak Boleh Halang Bapa Kita Cari Pengganti Ibu KIta Yang Dah Tak Ada

Panjang tak tajuk tu hehehee. Aku nak pendekkan tajuk tu tapi tak boleh juga. Last-last, letak tajuk punya panjang tu. Aku sedar aku memang tak layak nak cakap pasal ni sebab aku belum ada kat situasi ni. Ni pendapat aku dengan seseorang yang lebih arif.
 Aku tulis entry ni sebab aku rasa ramai anak-anak selalu halang bapa dia cari pengganti ibu mereka yang dah tiada kat dunia ni (ceh,ayat skema). Kenapa mesti nak halang kebahagian bapa sendiri. 
Pernah fikir tak kenapa bapa korang nak cari pengganti ibu korang? Cuba fikir balik....... APA?P TAK TAHU KENAPA!!!! meh aku bagi tahu.
kadang nak ururs diri sendiri pun tak
 tahu tau
Yang pertama sekali, orang lelaki ni lain dari orang perempuan, diaorang selalu dijaga, kalau orang perempuan, memang tak kisahla ditinggal suami, sebab diaorang boleh urus diri sendiri. setakat sedih jelah, maklumlah ditinggal suami. Kalau lelaki diarang dah selalu diurus dengan isteri diaorang sebab tu diaorang akan cari pengganti. Nak harapkan anak-anak diaorang, memang tak lah. Boleh ke korang luangkan masa sama banyak macam mak korang luangkan masa? tak samakan. Selalunya anak akan cakap macam ni " kitaorang ada kerjaya/ pelajaran masing masing, tak boleh jaga ayah selalu" Ops, dah tahu macam tu, janganlah halang bapa kau cari pengganti mak korang.
Everyone need partner right?
Think again the reason why your dad need find someone to replace you mom thah had die (speaking,heheheh). Korang pun tahu kan, bapa korang perlukan someone untuk dengar suka duka dia. Nak harapkan korang, susah weh, korang bukan selalu kat sisi dia. Mungkin ada sesetengah dari anak -anak sanggup tak kerja jauh untuk jaga bap korang. Tapi tetap cukup, sebab korang ada family sendiri. Yang masih bujang, nanti bila jodoh korang dah datang, korang tetap akan bina masjid sendiri.
Kalau korang nak halang juga, korang kena senaraikan 10 sebab kenapa korang tak kasi bapa korang kahwin. 10 keburukan calon mak tiri korang. 10 jaminan untuk bapa korang kalau dia tak kahwin lagi.


Ni pandangan aku dengan seseorang 
yang lebih tinggi ilmunya ok



Wednesday 14 November 2012

No Couple No Single

Tak perlu mencari cinta dusta
      
Mungkin macam pelik ayat ni "No  Couple, No Single" .Habis tu orang yang tak bercouple nak panggil apa? Hehehe, maksud aku, Tak Couple , Tak Keseorangan. Memang kalau cari kat kamus makna SINGLE    adalah bujang atau seorang. Tapi bagi aku Single tu maknanya sorang sorang. Sebab tu I HATE SINGLE. kalau tak ci\ouple, hidup masih ada family.kalau tak ada FAMILY still ada KAWAN. Yang paling penting kita ada ALLAh, Pencipta Kita, Maha Kuasa. 
       Annoying bila baca status kat Fb bunyi macam ni " Dah single, boring betul jadi single" Opss, dah macam peminta simpati dah. Kalau SINGLE pun bukan kau boleh matipun. Sebab hidup kita tak pernah sendiri.Cuba jangan jadikan SINGLE tu sebagai ALASAn untuk bercouple. COUPLE mendekatkan kita kat Maksiat. So, terapkan dalam hati, NO COUPLE NO SINGLE. 
Mesti ada suara sumbang cakap aku ni tak laku sebab tu jadi ANTI COUPLE. Kisah pula aku. Laku tak laku soal kedua la. Just aku tak galakkan Couple je. 

Macam melalut je aku ni

Sunday 11 November 2012

HaPpY BiRtHdAy AbaNg KU SeNgal



12.11.12 hari yang paling buat abang aku sedih(bukan dia suka ke?), sebab hari ni cukuplah umur dia 27 tahun. Haahaa, kau dah tua lah along. Tak payah nak berlagak diri muda lagi.. Sekarang ni rancangan aku satu je, nak baling tepung kat dia waktu diabalik kerja nanti. Murni sungguh niat aku kan. Apa-apa pun aku tetap nak ucap HAPPY BIRTHDAY TO MY DEAR(ewww) BROTHER. Sayang sangat dengan dia walaupun selalu meyakat aku. 
aku just ada gambar ni je, dia ni bukan
suka amik gambar
maklumlah takut tua hahaha
Nak kasi dia apa erk, sebab aku pun masih tangungan ibu bapa, so aku tak boleh kasi dia hadiah,haaaahaa. Tak apalah, nanti aku cabut rumput kat belakang rumah aku tu, bungkus lepas tu kasi kat dia. Mesti dia terharu kan haahaha. Mesti dia cakap aku ni "adik derhaka". 
Tapi tadi aku baru ahu yang birthday abang aku ni sama macam birthday Eqbal Zack blogger yang selalu cerita pasal makanan tu.Wah, satu kebetulan ni.To Eqbal Zack, Selamat Hari Tua Lahir.Tapi hadiah birthday blogger ni perhh best gila.

Wednesday 7 November 2012

Ambil Gambar banyak-banyak Boleh Buat Muka makin Tua????


         Ni aku malas kalau abang aku dah start buat mitos bukan-bukan. Ada ke patut dia cakap ambil gambar boleh buat muka nampak tua!!!! Ish,,,ish,,,,ishh, orang tua ni kalau nak menipu pun agak-agak la. Ni semua salah kawan-kawan dia lah. Bila aku keluar jalan dengan abang aku sekor seorang ni, mesti diaorang ingat aku awek abang aku la, tunang abang aku la. Mata diaorang mesti tak cuci betul betul kan. Muka aku ni matang sangat ke? aku memang tak suka bila orang cakap muka aku macam umur 19 la 20 la. Im still 14 ok. 
   Bila aku tanya abang aku kenapa bila keluar dengan dia lepas tu terserempak dengan kawan dia, mesti adalah beberapa orang kawan dia akan ingat aku awek dia,mulalah abang aku cakap "sebab kau selalu amik gambar kan, sebab tu muka kau nampak tua dari umur kau. Kau tahu tak, bila kau amik gambar, kau punya awet muda tu diserap dalam gambar!Kau tak percaya? suka hati kau lah,Along dah bagitahu"
          Nampakkan, abang aku ni dah terlalu banyak tengok cerita kartun,sebab tu kepala dia pun penuh dengan fantasi. Tapi aku pun peminat tegar kartun tapi tak lah sampai buat mitos macam dia.Malang betul tunang dia dapat dia(weyh abang kau tu). Simpati aku kat akak sebab dapat abang aku. Tak tahu lah kalau dah ada anak nanti, apala yang diajar kat bakal anak sedara aku tu.

Saturday 3 November 2012

Entry Tak Ada Hala Tuju

Sebab hari ni aku malas nak menyambung blogwalking( bukan memang aku tak berblogwalking ke hari ni), jadi aku nak buat entry(bukan orang nak baca pon). Suka hatilah kalau orang tak nak baca pun.This is my blog right(tak payah nak speaking sangat). 
Hari ni aku tak tahu nak buat apa sebenarnya, maklumlah cuti sekolah katakan, mulalah aku buat kerja tak berfaedah. Nak telefon kawan,macam rugi duit topup mummy aku je. Baik aku on9, tak habiskan duit mak dengan bapak aku(tapi habiskan internet abang aku,hahahah). Jadi hari ni nak buat satu ENTRY tak ada hala tujuan. Biasalah,bila kita tak ada kerja, mesti cari kerja kan.
Macam tadi pergi vote Inianwarhadi kat shout Award. Matlufthi pun aku vote gak. Lepas tengok Fairy Tail kat tv7, aku terus buka blog. buka blog aku pun menulis entry yang entah apa apa ni.

Nampak tak sebenarnya aku boring ni. Tak ada kerja ke untuk aku buat???? Laptop ni pun dah naik menyampah kat muka aku.Nak buka Fb aku malas, nak buka tweeter lagilah aku bertambah malas.


Nak Blogwalking tapi Tak Larat ( >-<)

Macam mana la aku nak naikkan semangat untuk berblogwalking ni. Serius aku tak larat(nampak kan sebenarnya aku ni pemalas). Aku malas nak tunggu loading sesuatu blog tu. kalau blog yang terlampau"kaya" pehh,,,,, lama gila aku kena tunggu( bagus gak, boleh menguji kesabaran dalam diri). Sebab tu la dalam sehari aku just pergi tiga blog je(tu pun kalau rajin). 

Cerita Seorang Pemendam Cinta


  saya memang suka awak. Saya suka awak dah lama. Penat saya pendam perasaan ni, makin saya pendam makin sakit. Bila buka FB saya tengok fb awak. Saya senyum bila nampak awak. Bila pergi majlis, saya curi pandang awak. Saya selalu cakap"saya suka awak" dalam hati. Tapi awak pun manusia, awak tak dengar apa saya cakap. Nak luah perasaan kat awak saya tak sanggup. Saya takut awak tolak saya, saya takut kalau awak anggap saya perempuan murahan. 


  Saya nak jadi Fatimah dengan Saidina Ali, diaorang bercinta diam-diam dan takdir menjadikan mereka imam dan ma'mum yang halal. lagipun saya dengar, kalau kita menyintai seseorang dan kita tak pernah meluahkan kepada dia, kita kira berjihad. Kalau ditakdirkan kita mati, kita dikira mati syahid. Saya tak pasti tentang ni. Tapi semakin lama semakin sakit rasa yang saya pendam, Saya takut peasaan ni akan membawa kekecewaan. Jika awak dah mempunyai bakal bidadari hidup awak, saya redha. Takdir mengatakan kita tak berjodoh. Saya tak akan mendoakan kemusnahan kebahagian awak dengan dia. Cukup saya seorang je yang merasa sakitnya bila tak dapat memiliki seseorang itu, jangan sampai bidadari hidup awak yang merasainya. 


  Saya tak takut ditinggalkan awak sebab saya ada kekasih yang menghubungi saya 5 kali sehari. Memberi cahaya dalam hidup saya. Menjadikan saya madu kepada wanita solehah. Saya akan cuba lupakan awak,Assalammualaikum



 Jangan lah kita menangisi kepergian orang yang kita cinta, sesungguhnya, Tuhan telah menetapkan setiap jodoh setiap hambanya. Jika malu kerana tidak punya kekasih hati, ingatlah bahawa Allah ada dengan kita, dia kekasih hati pertama kita.

Saturday 20 October 2012

Tak pakai tudung hak peribadi saya?? Ke neraka pun hak peribadi kau

Nak gelak pun ada, nak ketawa pun ada, sedih pun ada. Kenapa dengan aku ni tiba-tiba touching? apa taknyer, buka  rancangan hiburan, tiba-tiba ada artis  cakap macam ni  " Tak pakai tudung tu hak peribadi saya"( macam tulah ayat dia) ermm, sedih betul aku tengok. Umur dah lanjut tapi tak sedar diri lagi. Apalah yang kau bangga dengan rambut kau tu. MAkin tempah saham ke neraka adalah, Opss lupa pula " Dosa pahala tukakan hak peribadi kau" aku bukan baik  sangat, tapi sebagai  saudara sesama Islam, agak menyedihkan bila ada artis macam ni.
 Dahllah buat statement macam tu, tiba-tiba selitkan nama Allah dalam kata-kata dia. Cis, tak malu ke dengan MISS FSSYNNIA NI. SEKURANG KURANGNYA MALULAH DENGAN ALLAH. kita hamda Dia,kenalah ikut suruhan Dia. Tak payah nak tunjuk hot kalau hidup tu entah esok atau lusa.

FB PEROSAK? atau memang kita yang ROSAK

Good morning to my laptop,muahh,hahaha. Lepas mencuba blogwalking ke blog orang tetiba terbaca satu entry yang tajuknya berbunyi " Gara-gara Facebook- Suami Ditinggal Isteri". What the Fish. Sebab jumpa kekasih kat muka buku, suami kena tinggal. Memang tak patut perempuan tu. 
kat sini bukan aku nak cakap pasal keburukkan Fb tapi pernah tak kita fikir kenapa kes macam ni berlaku? kalaulah perkara ni berlaku atas sebab memiliki FACEBOOK, habislah akidah orang zaman sekarang. Tapi sebenarnya FACEBOOK tu tak kasi kesan apa-apa pun, sebab utama benda ni terjadi ialah PERANGAI KITA SENDIRI. kenapa aku cakap macam tu? sebab kalau korang tak melayan, confirm benda ni tak jadi. Ok lah ,memang kalau orang tegur kita kena balas kalu tak nanti orang cakap kita sombong. Boleh melayan tapi jangan melampau. 

Hujan pula, kejap aku berhenti nak angkat kain,,,,,,



Continue with our story, selain suka melayan, kita ni jangalah suka percaya 100% dengan orang yang kita baru jumpa. Tahulah orang Malaysia ni tak suka bersangka buruk, tapi agak-agak lah kalau nak percaya kat orang kot, janganlah sampai hidup sendiri punah bak air mengalir di sungai ( berpuitis pulak aku ni). Percaya 50% atau  kurang dari tu untuk orang yang korang belum kenal sangat. Berbalik ke kes tadi, isteri dia lari dengan anak dia sekali. Pernah tak perempuan tu fikir, kalau dia bawa sekali  anak dia, laki  yang dia ikut tu nak ke jaga budak kecik tu? Kalau dah besar nanti, tak ke budak ikut perangi buruk maknya? hai renung-renungkanlah.


"FACEBOKK  BUKAN PEROSAK KITA,
TAPI KITA YANG MEMBUAT DIRI KITA ROSAK"

TiNgGi Cita-Cita AkU,hehehe

Memang normal bagi remaja untuk bercita-cita tinggi,aku juga termasuk dalam golongan tersebut. Aku sedar akan kemampuan aku, tapi nak macam mana ,kata remaja, mestilah suka berangan, hahahaha. Aku nak cakap pasal cita-cita aku. Tak best pun cita-cita aku.
 Aku tak mengharap seorang " Prince Charming jatuh dari langit" cuma aku mengharap ada kereta sport jatuh dari langit, Porche pun jadilah. Aku tak mengharap jadi JUTAWAN tapi aku mengharap aku boleh  buat ketiga-tiga kerjaya yang aku idamkan. Aku tak mengharap membuka syarikat di Malaysia, tapi aku mengharap aku dapat membuka rumah "IMPIAN KASIH". Aku tak mengharap jadi BLOGGER terkenal, tapi mengharap orang yang baca blog aku faham akan coretan yang aku tulis.
So kesimpulannya, buat apa mengharap PRINCE CHARMING JATUH DARI LANGIT, tapi dia miskin tidak berharta. Buat apa nak mengharap jadi JUTAWAN kalau kita tak boleh jadi BILIONNER(betul ke aku eja ni, lupa pulak macam mana ejaan dia). Buat apa nak mengharap buka Syarikat besar, tapi tak pernah MEMBUAT BAKTI. Buat apa nak jadi blogger terkenal tapi orang yang baca tak dapat apa-apa.

Friday 19 October 2012

Bahasa Rojak Bukan Perosak!!!




Tengah Seronok layan blog orang lain, tiba-tiba Oni( along aku) kacau, ikut join aku baca blog. Tiba- tiba dia membebel, dia cakap, blogger zaman sekarang suka benar guna bahasa rojak. Then, aku cakap lah dengan dia” Oni, walaupun dia guna bahasa rojak tapi tak lah merosakkan perkataan atau guna ejaan yang entah apa- apa tu macam “apew,  Cyunk”. Dia guna bahasa rojak  tapi tak merosakkan ejaan. Lepas tu dia keluar  macam tu je. Dah kalah la tu, heheehe.
    Pendapat aku untuk bahasa rojak, aku tak  rasa bahasa rojak(inggeris+melayu) sebagai perosak bahasa melayu. Kadang-kadang,sebab bahasa rojak lah kita punya bahsa inggeris become fluent.  Kesimpulannya, baik guna bahasa rojak daripada bahasa mesej. Entah apa- apa bahasa mesej sekarang. Contohnya “ weyh,Koe kt ne, aq nk gi umh koe n,koe jgn gi mne2, kalo aq gi umah koe koe x de, siap ar koe”. Itu belum lagi yang lebih pndek smpai buat aku tak faham. Jadi janganlah guna bahas “comel” korang tu. Aku  
yang remaja ni pun tak faham bahasa macam tu.

Wednesday 17 October 2012

Surat Untuk Penghacker FB~ Janganlah melampau

       
 To dear hackers,
         Terima Kasih sebab hack fb saya. saya bersyukur sangat dengan pelakuan anda tu. Saya tak marah awak hack fb saya. Saya ni sporting kan? hehehehe, i know i am sporting girl. Saya seronok sebenarnya kena hack. Seronok sangat sampai nak melonjak-lonjak dah ni. Sayang awak ketat-ketatlah walaupun identiti awak adalah misteri. Tapi kadang-kadang awak melampau tau.

Dear hackers,
          Mesti awak pelik kan? kejap saya cakap saya suka awak menghack,kejap saya cakap awak terlalu melampau. ok ok, straight to the point je la. say suka awak menghack, sebab orang macam awak la yang akan menjadi penjaga rahsia negara suatu hari nanti, who knows? tak mustahilkan. Saya kata awak melampau sebab awak hack FB saya lepas tu awak kacau 'Friends" saya dalam tu. Saya bukan apa, tak nak orang lain fikir bukan-bukan tentang saya.

Dear hackers,
          Cukuplah awak kacau kawan saya sekali, lepas kalau menghack saya, diam-diam je lah. Saya tak marah kalau awak diam-diam,Ok? janji tak moh buat lagi tau. Sayng awak ketat-ketat.

 Ikhlas:
Yang Di Hack

Pleasee!!! Sokong Industri Malaysia



Ok, hari ni aku nak tunjuk perasaan sikit kat sikap rakyat Malaysia ni. Kenapa aku nak tunjuk perasaan??? Sakit kepala tengok sikap orang Malaysia ni. Suka sokong industri luar. Bila aku kaji la( ceh, nampakkan kau menipu) ramai orang kita ni tengok cerita dari korea, tengok cerita english yang haram aku tak faham,dengar lagu korea, lagu justin bibir bieber, senang cerita semua asal luar negara.
( eleh cara kau mcam kau tak layan je semua tu, abis tu kau tengokn cerita kamen rider tu, tu bukan dari negara luar ke?) ok ok, aku tak cakap aku tak layan benda-benda tu. Aku layan gak 'Running man", "Kamen Rider"," Real Steel", K pop, J pop dan sebagainya. ( English aku kurang sikit).Tapi layan -layan aku, aku tetap layan industri Malaysia. Bukan drama melayu je aku layan, cerita cina, India aku layan gak. Macam cerita summer brother, cerita cina Malaysia tu. memang seronok, kalah cerita korea. Cuba korang semua usha-usha tengok cerita malaysia. Cerita Tamil dia pun TERBAIKK. Aku layan cerita cuma tak tahu tajuk. Yang paling berkesan dalam hati ni, Summer Brother. Tapi yang lain pun tip top gak. Ni antara cerita Malaysia yang aku layan:

Summer Brother


layan la jugak.
                    Akhir kata, stop dulu drama luar negara, tengok drama Malaysia, baru lah boleh jadi rakyat Malaysia. SOKONG INDUSTRI MALAYSIA,YEAH!!!