Thursday 27 September 2012

KaWaN AtaU Tak???



 Apa lah orang zaman sekarang ni,bila tak suka seseorang mesti terua anti kawan, mak, bapak, adik,saudara bapak, saudara mak  semualah yang ada kaitan dengan orang yang dia tak suka tu. Boleh kalau kita  tak suka seseorang tapi janganlah terlebih sangat. Stakat hal remeh tak payah nak besar-besarkan. Apa yang kita dapat kalau menganti dan mencari gaduh dengan orang lain???? Owwh lupa pulak, memutuskan silaturrahim dapat gak "ganjaran" yang digelar dosa.
Buat apa nak belagak Hot kalau kawan kita sakit hati. Tak payah nak hot sangat time sekolah. Just be yourself.Diri kita ni Tuhan dah cipta dengan sempurna. Hot tapi perangai macam kuntilanak buat apa. Kutuk orang sana kutuk orang sini. confirm dosa pun bertimbun. Tak penat ke bermusuh. Dalam kelas aku pun ada juga geng sana, geng sini tapi kita orang ni boleh bercampur satu sama lain. Bak kata aku " gaduh manja-manja, kutuk mesti ada". Senario sekolah kot.
Tak pernah fikir perasaan orang yang duduk tengah-tengah antara puak-puak tu. Penat tu nak jaga hati yang kumpulan ni, nak jaga hati kumpulan tu. Boleh jadi gilaa.... 
 
Sibuk tak suka orang,tak suka orang sini, last-last kawan sendiri ikut lari. 

Monday 24 September 2012

~Fasa Perubahan~

aku pernah lupa yang kat 'atas'. aku pernah ingkar arahan 'Dia'. Tapi Alhamdulilah aku dapat ingat pada 'Dia' semula. Mungkin aku tak sebaik malaikat, tapi aku tetap tahu siapa aku dalam dunia ni.Aku cuba sedaya upaya mengikut perintahnya supaya lebih sempurna. Aku pernah merasai fasa perubahan. Penat betul untuk berubah.  susah untuk Mengubah diri ni. Tapi apa yang buatkan aku susah dalam perubahan aku? Nafsu, perangai ,semua tu penyebab utama kesusahan dalam perubahan.
Kalau dah niat nak berubah terus buat jangan fikir dua tiga kali. aku start berubah dari sikap aku dulu. aku akan pastikan apa yang aku niatkan terus aku buat. memang susah gila waktu first-first, tapi Alhamdulilah,  solat lima waktu jarang aku tinggal. Lepas tu kita kena start dengan aurat, bab ni masih lagi dalam perubahan. Aku memang dah pakai tudung, tapi tudung tu bukan memadai. kaki  tangan pun kena tutup. Yang tu, aku cuba lagi. Yang penting kita cuba. Tuhan ada. Percaya pada Dia baru boleh berubah.


Friday 21 September 2012

KaWaN-We NeeD ThAt

Kawan,, memang dalam dunia ni kita memerlukan kawan. Tak kira lah siapa kawan kita tu, janji dia memahami kita. Alhamdulilah, kawan-kawan yang ada di sekeliling aku semua jarang membuat aku menangis. Suka duka pasti akan kongsi. Tu lah erti KAWAN tau SAHABAT.
Apa makna kawan kalau kita mudah lupa pada kawan. Bila jumpa kawan baru, mulalah lupa pada kawan lama. Biasalah manusia kan, mudah lupa. Pernah tak kawan yang melupai kita tu fikir macam-mana perasaan kita bila dia dah lupa pada kita. Kalau kawan aku yang lupa aku, memang kena penyepak sebijik,hehehhe.
Orang selalu kata,dah nama pun kawan, mestilah saling memahami(ayat ni memang aku tak setuju sangat). Kadang-kadang, perbezaan fikiran pun perlu, tak lah nanti dia buat salah dia pun ikut. 
sebab tu lah kita kena hargai kawan. jangan selalu biarkan hati kawan kita sakit. Jangan pernah biarkan dia orang hanyut. jangan pernah jadikan diaorang musuh. jangan biarkan diorang menitiskan airmata.

Wednesday 19 September 2012

ToUch N Go

Sebut pasal TOUCH N GO teringat la pada sekumpulan serigala yang telah ditangkap tadi. Kesian dengan kancil yang diorang ToUch N gO kan. hilang saham kancil tu. Tapi kan,kalau la para kancil di dunia ini tidak melayan serigala, mesti saham tak turun kan. Nasib baik saham tu turun sikit kalau terus merundum macam mana?

SERIGALA JADIAN tu pun satu. Kenapalah pergi buat ToUch N gO dengan anak kancil. Hisyh...., dah lapar sangat ke. Kesian pulak dengan saudara para Serigala tersebut, terpaksa tanggung malu sebab Serigal Jadian yang berToUch N go dengan kancil tu.Hahaha, tapi yang kelakarnya, sebahagian saudara kepada SERIGALA yang berTouch N Go tu pun sama jugak perangainya.

aku harap la lepas ni para SERIGALA ToUcH N gO tu insaf la. Habis kancil-kancil nanti di Touch N go kan.



Tuesday 18 September 2012

HuBuNgAn/ MenAnGis

Setiap perhubungan mesti ada salah faham kan? kadang-kadang ada perkara yang kita tak sngka akan berlaku tiba-tiba je benda tu terjadi dalam hidup kita. Kenapa kita nak marah akan kesalahan seseorang sedangkan kita pun tak sempurna. kenapa kita nak seksa diri kita untuk menangis sedangkan orang yang kita tangisi tidak merasai apa yang kita rasa. buat apa kita nak ingat kesalahan seseorang terhadap kita sedangkan kita juga pernah melakukan silap.

C.I.N.T.A
Apasalla nak memusnahkan diri sebab tu. Nangis kerana tu. Lagi-lagi remaja sekarang(baya-baya aku la juga). tak penat ke? Lagi- lagi kalau pasangan korang tu suka sangat berpura-pura. Sebab benda yang digelar cinta ni jugak penyebab ramai orang kat luar sana tu hanyut. 
Tapi,,,,,,,,,
tak semua cinta tu teruk. ada jugak cinta yang membantu. Cinta kepada Tuhan,tu yang lebih penting daripada cinta kepada manusia. Daripada kita nangis sebab bf/gf kita baik kita nagis sebab kesalahan kita kepada Allah,betul tak? 
eleh aku ni cakap je tahu
pengalaman pun tak de

tak de la semua ni dari pengalaman kawan aku yang bercinta-cintun la. aku just judge dari situ.

Sunday 16 September 2012

Antara K Pop dan Kamen Rider

Blog,blog,blog
aku baru buat blog. fungsi aku buat blog untuk main-main je. still beginner aku ni,hehehehe. aku just follow blog orang je selama ni. tapi hari ni aku telah buat blog sendiri walaupun tak tahu nak mekeover blog aku. tak pe la pelan pelan je la dulu,
Aku ni minatla anime gak. K pop? aku minat la juga. K pop sekarang dah jadi trend kot. pakaian,tarian ,semualah pasal k pop dah jadi trend. Tapi apa yang best sangat K pop ni? daripada aku tengok K pop baik aku download cerita kamen rider. tapi susah betul nak cari kawan yang minat KAMEN RIDER. Bila tanya diaorang pasal KAMEN RIDER mesti diaorang cakap " aku tak tengoklah kamen rider". Bila tanya pasal K Pop mesti semua nama kumpulan K Pop keluar, BIG BANG,MBLAQ,SNSD,macam-macam lagi la.
Aku ni bukan tak layan k pop, layan gak, just minat aku terhadap kamen rider dan anime lebih mendalam. 
Apa lagi erk aku nak tulis, macam tak de je. Hisyh.... baik aku basuh baju daripada melayan blog ni. kalau terus layan blog ni,memang baju tak berbasuh,heheheh