Saturday 20 October 2012

Tak pakai tudung hak peribadi saya?? Ke neraka pun hak peribadi kau

Nak gelak pun ada, nak ketawa pun ada, sedih pun ada. Kenapa dengan aku ni tiba-tiba touching? apa taknyer, buka  rancangan hiburan, tiba-tiba ada artis  cakap macam ni  " Tak pakai tudung tu hak peribadi saya"( macam tulah ayat dia) ermm, sedih betul aku tengok. Umur dah lanjut tapi tak sedar diri lagi. Apalah yang kau bangga dengan rambut kau tu. MAkin tempah saham ke neraka adalah, Opss lupa pula " Dosa pahala tukakan hak peribadi kau" aku bukan baik  sangat, tapi sebagai  saudara sesama Islam, agak menyedihkan bila ada artis macam ni.
 Dahllah buat statement macam tu, tiba-tiba selitkan nama Allah dalam kata-kata dia. Cis, tak malu ke dengan MISS FSSYNNIA NI. SEKURANG KURANGNYA MALULAH DENGAN ALLAH. kita hamda Dia,kenalah ikut suruhan Dia. Tak payah nak tunjuk hot kalau hidup tu entah esok atau lusa.

FB PEROSAK? atau memang kita yang ROSAK

Good morning to my laptop,muahh,hahaha. Lepas mencuba blogwalking ke blog orang tetiba terbaca satu entry yang tajuknya berbunyi " Gara-gara Facebook- Suami Ditinggal Isteri". What the Fish. Sebab jumpa kekasih kat muka buku, suami kena tinggal. Memang tak patut perempuan tu. 
kat sini bukan aku nak cakap pasal keburukkan Fb tapi pernah tak kita fikir kenapa kes macam ni berlaku? kalaulah perkara ni berlaku atas sebab memiliki FACEBOOK, habislah akidah orang zaman sekarang. Tapi sebenarnya FACEBOOK tu tak kasi kesan apa-apa pun, sebab utama benda ni terjadi ialah PERANGAI KITA SENDIRI. kenapa aku cakap macam tu? sebab kalau korang tak melayan, confirm benda ni tak jadi. Ok lah ,memang kalau orang tegur kita kena balas kalu tak nanti orang cakap kita sombong. Boleh melayan tapi jangan melampau. 

Hujan pula, kejap aku berhenti nak angkat kain,,,,,,



Continue with our story, selain suka melayan, kita ni jangalah suka percaya 100% dengan orang yang kita baru jumpa. Tahulah orang Malaysia ni tak suka bersangka buruk, tapi agak-agak lah kalau nak percaya kat orang kot, janganlah sampai hidup sendiri punah bak air mengalir di sungai ( berpuitis pulak aku ni). Percaya 50% atau  kurang dari tu untuk orang yang korang belum kenal sangat. Berbalik ke kes tadi, isteri dia lari dengan anak dia sekali. Pernah tak perempuan tu fikir, kalau dia bawa sekali  anak dia, laki  yang dia ikut tu nak ke jaga budak kecik tu? Kalau dah besar nanti, tak ke budak ikut perangi buruk maknya? hai renung-renungkanlah.


"FACEBOKK  BUKAN PEROSAK KITA,
TAPI KITA YANG MEMBUAT DIRI KITA ROSAK"

TiNgGi Cita-Cita AkU,hehehe

Memang normal bagi remaja untuk bercita-cita tinggi,aku juga termasuk dalam golongan tersebut. Aku sedar akan kemampuan aku, tapi nak macam mana ,kata remaja, mestilah suka berangan, hahahaha. Aku nak cakap pasal cita-cita aku. Tak best pun cita-cita aku.
 Aku tak mengharap seorang " Prince Charming jatuh dari langit" cuma aku mengharap ada kereta sport jatuh dari langit, Porche pun jadilah. Aku tak mengharap jadi JUTAWAN tapi aku mengharap aku boleh  buat ketiga-tiga kerjaya yang aku idamkan. Aku tak mengharap membuka syarikat di Malaysia, tapi aku mengharap aku dapat membuka rumah "IMPIAN KASIH". Aku tak mengharap jadi BLOGGER terkenal, tapi mengharap orang yang baca blog aku faham akan coretan yang aku tulis.
So kesimpulannya, buat apa mengharap PRINCE CHARMING JATUH DARI LANGIT, tapi dia miskin tidak berharta. Buat apa nak mengharap jadi JUTAWAN kalau kita tak boleh jadi BILIONNER(betul ke aku eja ni, lupa pulak macam mana ejaan dia). Buat apa nak mengharap buka Syarikat besar, tapi tak pernah MEMBUAT BAKTI. Buat apa nak jadi blogger terkenal tapi orang yang baca tak dapat apa-apa.

Friday 19 October 2012

Bahasa Rojak Bukan Perosak!!!




Tengah Seronok layan blog orang lain, tiba-tiba Oni( along aku) kacau, ikut join aku baca blog. Tiba- tiba dia membebel, dia cakap, blogger zaman sekarang suka benar guna bahasa rojak. Then, aku cakap lah dengan dia” Oni, walaupun dia guna bahasa rojak tapi tak lah merosakkan perkataan atau guna ejaan yang entah apa- apa tu macam “apew,  Cyunk”. Dia guna bahasa rojak  tapi tak merosakkan ejaan. Lepas tu dia keluar  macam tu je. Dah kalah la tu, heheehe.
    Pendapat aku untuk bahasa rojak, aku tak  rasa bahasa rojak(inggeris+melayu) sebagai perosak bahasa melayu. Kadang-kadang,sebab bahasa rojak lah kita punya bahsa inggeris become fluent.  Kesimpulannya, baik guna bahasa rojak daripada bahasa mesej. Entah apa- apa bahasa mesej sekarang. Contohnya “ weyh,Koe kt ne, aq nk gi umh koe n,koe jgn gi mne2, kalo aq gi umah koe koe x de, siap ar koe”. Itu belum lagi yang lebih pndek smpai buat aku tak faham. Jadi janganlah guna bahas “comel” korang tu. Aku  
yang remaja ni pun tak faham bahasa macam tu.

Wednesday 17 October 2012

Surat Untuk Penghacker FB~ Janganlah melampau

       
 To dear hackers,
         Terima Kasih sebab hack fb saya. saya bersyukur sangat dengan pelakuan anda tu. Saya tak marah awak hack fb saya. Saya ni sporting kan? hehehehe, i know i am sporting girl. Saya seronok sebenarnya kena hack. Seronok sangat sampai nak melonjak-lonjak dah ni. Sayang awak ketat-ketatlah walaupun identiti awak adalah misteri. Tapi kadang-kadang awak melampau tau.

Dear hackers,
          Mesti awak pelik kan? kejap saya cakap saya suka awak menghack,kejap saya cakap awak terlalu melampau. ok ok, straight to the point je la. say suka awak menghack, sebab orang macam awak la yang akan menjadi penjaga rahsia negara suatu hari nanti, who knows? tak mustahilkan. Saya kata awak melampau sebab awak hack FB saya lepas tu awak kacau 'Friends" saya dalam tu. Saya bukan apa, tak nak orang lain fikir bukan-bukan tentang saya.

Dear hackers,
          Cukuplah awak kacau kawan saya sekali, lepas kalau menghack saya, diam-diam je lah. Saya tak marah kalau awak diam-diam,Ok? janji tak moh buat lagi tau. Sayng awak ketat-ketat.

 Ikhlas:
Yang Di Hack

Pleasee!!! Sokong Industri Malaysia



Ok, hari ni aku nak tunjuk perasaan sikit kat sikap rakyat Malaysia ni. Kenapa aku nak tunjuk perasaan??? Sakit kepala tengok sikap orang Malaysia ni. Suka sokong industri luar. Bila aku kaji la( ceh, nampakkan kau menipu) ramai orang kita ni tengok cerita dari korea, tengok cerita english yang haram aku tak faham,dengar lagu korea, lagu justin bibir bieber, senang cerita semua asal luar negara.
( eleh cara kau mcam kau tak layan je semua tu, abis tu kau tengokn cerita kamen rider tu, tu bukan dari negara luar ke?) ok ok, aku tak cakap aku tak layan benda-benda tu. Aku layan gak 'Running man", "Kamen Rider"," Real Steel", K pop, J pop dan sebagainya. ( English aku kurang sikit).Tapi layan -layan aku, aku tetap layan industri Malaysia. Bukan drama melayu je aku layan, cerita cina, India aku layan gak. Macam cerita summer brother, cerita cina Malaysia tu. memang seronok, kalah cerita korea. Cuba korang semua usha-usha tengok cerita malaysia. Cerita Tamil dia pun TERBAIKK. Aku layan cerita cuma tak tahu tajuk. Yang paling berkesan dalam hati ni, Summer Brother. Tapi yang lain pun tip top gak. Ni antara cerita Malaysia yang aku layan:

Summer Brother


layan la jugak.
                    Akhir kata, stop dulu drama luar negara, tengok drama Malaysia, baru lah boleh jadi rakyat Malaysia. SOKONG INDUSTRI MALAYSIA,YEAH!!!

Saturday 13 October 2012

Perli Yang Tak Sepatutnya

Kenapa lah golongan tua sekarang suka sangat memerli terutama kaum kaum mak cik. Tak penat ke perli anak orang. Please la ya, kalau nak perli anak orang sila cermin anak sendiri. Jangan perli anak orang je lebih anak sendiri haram lagi teruk dari orang yang dia perli tu.

Aku perasan aktiviti perli memerli peringkat daerah ni selalunye berlaku kat majlis rewang. Bila tak nampak seseorang terus perli ahli keluarga orang yang tak sertai rewang tersebut. Lagi pedas kalau dia perli mak bapak orang tu. Tak berdarah telinga mak bapak bila diperli dengan orang. Tapi apa yang menyebabkan aku paling sakit hati bila dia perli anak orang kaw-kaw punya tapi anak sendiri batang hidung pun tak nampak. Bila orang tanya dia balik mana anak dia, tahu pula dia kasi alasan anak dia sibuklah ,inilah,itulah, yang anak masih kecik diaorang akan cakap"anak aku kecik lagi, anak kau dah besar kenalah tolong"Ops sori sikit ye, diaorang ni pasti ke bila anak diaorang dahbesar nanti akan bercampur dengan orang. Bila ahli keluarga orang yang dia perli tu bagi alasan tahu pula mengutuk ngutuk cakap "that just excuses"


Cuba lepas ni ubah sikit aktiviti memerli tu ke aktiviti menegur dengan baik.Biar hidup bermasyarakat ni lebih ceria, tak lah suram. Janganlah perli perli, nanti kena batang hidung sendiri baru padan muka.

Tuesday 9 October 2012

AkAK TerBaik Dalam Dunia

Huhuhu, ni yang buat aku sayang dengan akak aku ni. Belum sempat aku download episod 2 kamen Rider Wizard, Dia dah download sampai episod 4. Memang TERBAIKLAH akak aku ni. Sayang dia ketat ketat huhuhu. Senang hidup aku dengan abang aku macam ni, tak payah nak susah download citer kamen rider sebab dah ada pendownload terbaik hahaa.
Macam tu la hidup berkeluarga. Ringan sama dipikul,berat sama dijinjing. Cakap pasal akak aku ni, dia ni kadang-kadang mereng tu datang sikit. Ex cited betul dengan donut yang kamen rider wizard makan. tahulah dia tu suka makan donut sampai muka pun dah jadi macam donut.Tapi yang penting dia penting dalam hidup aku.

I LOVE YOU FARA FAZIRA( sebelah kanan) YANG MERENG

The story pasal akak aku yang Rina pulah(sebelah kiri)
kadang-kadang menyakitkan hati tapi aku tahu dia baik sebenarnya. Selalu berbeza pendapat dengan aku. Aku minat anwar hadi dia minat mat lufthi. Aku cakap Ini Anwarhadi dia vlog best dia akan cakapa yang IniAnwarhadi poyo tak best, best lagi Mat Lufthi. Mentang-mentanglah Matlufthi tu hensem. Tapi aku tetap sayang dia.
I LOvE YoU RiNaaaa

Thursday 4 October 2012

Luar Dan Hati

Tell me,tell me,te..te.tell me,( lagu wonder girl sah mai dah). Dalam dunia ni tak ada yang sempurna. Siapa yang sempurna? Tell me kalau ada. Macam tu juga dengan hati manusia. Niat manusia yang kita tak pernah tahu. Kita ( para manusia di bumi ni) selalu buat konklusi pantas terhadap hati seseorang melalui perbuatan atau sikap. Pernah tak kita tanya kat orang tu kenapa dia buat macam tu atau kenapa dia mesti bersikap macam tu? Kadang-kadang orang yang kita nampak perangai dia macam kejam sebenarnya seoraang yang kebaikannya tak pernah kita fikirkan. Realiti kadang-kadang menyebabkan kita makin tak percaya.
Jangan pernah buat persepsi yang bukan-bukan sebelum betul-betul kenal dengan seseorang tu. jangan mentang-mentang muka dia  'innocent', maknanya dia tu tulus dan baik. Muka macam tu la kadang kadang boleh jadi atuk kepada Syaitan hahaaha. 
Senang kata jangan selalu melihat orang dari luaran. Dalaman( maksudnya hati dia ok) dia pun kena tengok gak. Siapa tahu satu hari nanti orang yang kita sangka jahat tu adalah superhero kita bila kita susah. semua perkara boleh terjadi dalam dunia ni.