Saturday 13 October 2012

Perli Yang Tak Sepatutnya

Kenapa lah golongan tua sekarang suka sangat memerli terutama kaum kaum mak cik. Tak penat ke perli anak orang. Please la ya, kalau nak perli anak orang sila cermin anak sendiri. Jangan perli anak orang je lebih anak sendiri haram lagi teruk dari orang yang dia perli tu.

Aku perasan aktiviti perli memerli peringkat daerah ni selalunye berlaku kat majlis rewang. Bila tak nampak seseorang terus perli ahli keluarga orang yang tak sertai rewang tersebut. Lagi pedas kalau dia perli mak bapak orang tu. Tak berdarah telinga mak bapak bila diperli dengan orang. Tapi apa yang menyebabkan aku paling sakit hati bila dia perli anak orang kaw-kaw punya tapi anak sendiri batang hidung pun tak nampak. Bila orang tanya dia balik mana anak dia, tahu pula dia kasi alasan anak dia sibuklah ,inilah,itulah, yang anak masih kecik diaorang akan cakap"anak aku kecik lagi, anak kau dah besar kenalah tolong"Ops sori sikit ye, diaorang ni pasti ke bila anak diaorang dahbesar nanti akan bercampur dengan orang. Bila ahli keluarga orang yang dia perli tu bagi alasan tahu pula mengutuk ngutuk cakap "that just excuses"


Cuba lepas ni ubah sikit aktiviti memerli tu ke aktiviti menegur dengan baik.Biar hidup bermasyarakat ni lebih ceria, tak lah suram. Janganlah perli perli, nanti kena batang hidung sendiri baru padan muka.

No comments:

Post a Comment