Saturday 17 November 2012

Hidup punya Pilihan Tapi Tanggungjawab tak ada tau.

Semalam aku ada tengok cerita "Khalifah" kat TV3. Apa yang menarik pasal cerita tu of course lah pelakon utama dia hahaha.Selain tu,Aku tertarik kat cerita sebab dia mengenai pilihan serta tanggungjawab.cerita tu buat aku sedar beza tanggungjawab dengan pilihan hidup.

ibu bapa bertanngungjawab
beri kaih sayang kepada
anak-anak
Ramai orang cakap, hidup kita ada berbagai pilihan. Kalau kita pilih jalan hitam, hitamlah kita, kalau kita pilih jalan putih, putihlah kita. Tapi kalau dalam bab tanggungjawab macam mana pula. Kita tak boleh kata tak nak dalam bab tanggungjawab. Macam ibu bapa didik anak mereka. Diaorang tak boleh cakap tak nak dalam soal ni,sebab didik anak diaorang merupakan tanggungjawab ibubapa. Jadi nak tak nak, diaorang tetap kena nak. 
seorang islam, tak boleh kata tidak
dalam bab tutup aurat.
Macam bab tutup aurat, kita tak ada pilihan sama ada mahu ikut perintah Allah, atau mengingkarinya sebab kita adalah hamba Allah dan beragama Islam. Tutup aurat tu memang kita punya tanggungjawab. takkan ada pilihan dalamnya. Tak boleh nak tunggu seru, baru belajar bertanggungjawab menutup aurat.
tak ada alasan untuk meninggalkan
solat
Oklah, bab tutup aurat tu agak sensitif sikit untuk diterima. Aku beralih bab solat. Solat juga merupakan tanggungjawab bagi semua ISLAM. Bila Allah dah turunkan perintah supa hambaNya menunaikan solat, maknanya, perintah itu telah menjadi tanggungjawab bagi kita. Memang tak ar kita boleh cakap tak. Walaupun ramai orang cakap hidup ada pilihan, tapi Tanggungjawab memang tak ada pilihan. Kita tetap kena galas tanggungjawab tu. Tak boleh cakap yang kita masih belum bersedia lagi. Tak ada jawapan "tak" atau "belum bersedia " dalam bab Tanggungjawab.
Kalau bab nak pilih sama ada nak kerja apa, belajar kat mana, dan bab yang tak ada kena mengena dengan tanggungjawab bolehlah buat pilihan.

No comments:

Post a Comment