Saturday 3 November 2012

Cerita Seorang Pemendam Cinta


  saya memang suka awak. Saya suka awak dah lama. Penat saya pendam perasaan ni, makin saya pendam makin sakit. Bila buka FB saya tengok fb awak. Saya senyum bila nampak awak. Bila pergi majlis, saya curi pandang awak. Saya selalu cakap"saya suka awak" dalam hati. Tapi awak pun manusia, awak tak dengar apa saya cakap. Nak luah perasaan kat awak saya tak sanggup. Saya takut awak tolak saya, saya takut kalau awak anggap saya perempuan murahan. 


  Saya nak jadi Fatimah dengan Saidina Ali, diaorang bercinta diam-diam dan takdir menjadikan mereka imam dan ma'mum yang halal. lagipun saya dengar, kalau kita menyintai seseorang dan kita tak pernah meluahkan kepada dia, kita kira berjihad. Kalau ditakdirkan kita mati, kita dikira mati syahid. Saya tak pasti tentang ni. Tapi semakin lama semakin sakit rasa yang saya pendam, Saya takut peasaan ni akan membawa kekecewaan. Jika awak dah mempunyai bakal bidadari hidup awak, saya redha. Takdir mengatakan kita tak berjodoh. Saya tak akan mendoakan kemusnahan kebahagian awak dengan dia. Cukup saya seorang je yang merasa sakitnya bila tak dapat memiliki seseorang itu, jangan sampai bidadari hidup awak yang merasainya. 


  Saya tak takut ditinggalkan awak sebab saya ada kekasih yang menghubungi saya 5 kali sehari. Memberi cahaya dalam hidup saya. Menjadikan saya madu kepada wanita solehah. Saya akan cuba lupakan awak,Assalammualaikum



 Jangan lah kita menangisi kepergian orang yang kita cinta, sesungguhnya, Tuhan telah menetapkan setiap jodoh setiap hambanya. Jika malu kerana tidak punya kekasih hati, ingatlah bahawa Allah ada dengan kita, dia kekasih hati pertama kita.

No comments:

Post a Comment